Sunday, June 5, 2011

bila mardhiyah berbohong

Salah satu perlakuan manusia yang keji adalah menipu. Bohong. Walaupun saya tak dapat nak bezakan tipu dan bohong, saya rasa keduanya bawa maksud yang sama ; bercakap benda yang tak betul tak kisah la ape niatnya. Tapi tak payah la kot nak berjela panjang, rasa nya semua orang pun tahu kan ape maksud nye. TAPI TAPI TAPI : walaupun kita ngaku menipu ni amalan yang tak mulia, tapi kita buat jugak kan. betul tak betul tak. kalau kau cakap tak betul kau memang penipu sejati.

.

.

.

TAPI TAPI TETAPI, kalau nak bersangka baik, mungkin manusia menipu atas sebab2 tertentu. tapi tak mustahil gak kalau manusia menipu sebab sengaja suka2 macamtu. takpelah, tupai sekarang memang pandai melompat, seboleh2 nye taknak jatuh ke tanah. Aku ni kadang jadi tupai gak, walaupun, aku seekor tupai yang pathetic. sebab aku tak pandai lompat. bila nak lompat je mesti jatuh balik, lepas tu kena gelak.

So, aku ni tupai malas nak melompat, banyak sangat effort kena buat, jadi better lagi jalan kat tanah secara jujur.

TAPI TAPI TETAPI, pernah ada situasi di mana kadang2 aku akan melompat jugak.

Situasi 1 : Melepak bersama rakan2 di bilik perbincangan fakulti. Kitorng duduk atas kerusi yang boleh pusing2 tu. Ada member datang, dia pun duduk atas salah satu kerusi yang kosong tapi mungkin nasib dia tak baik, lalu kerusi tu pun patah dan tergolek2 dia jatuh.

Dalam keadaan mcmtu, orang lain dah tergelak, die pun tersenyum malu, saya dengan spontannya akan berkata "Kerusi tuh confirm skru patah tuh, kita pun dulu pernah kena jugak, tapi masa tu lagi teruk, sebab keliling kita budak2 asasi semua tengah study, kita main2 ngn kerusi tuh ttbe PRAPPPP kite terjatuh. sakit gila bontot kita time tuh tapi kita gelak je"

Nampak tak nampak tak? Mane pernah aku jatuh kerusi mcm budak tadi tapi aku tanpa berfikir aku menipu bercerita dengan ekspresi muka mcm real je aku pun pernah experience jatuh kerusi.

.

.

Situasi 2 : Aku kat meja makan sama dengan makcik , cousin2 perempuan dan mak aku tengah sembang2. Aku plak time tuh memang tengah lapar, jadi dah 3 keping roti canai aku sumbat (YAP saya ulangi 3 KEPING). Cousin aku sorng ney badan berisi sikit la, mungkin double size aku. Kitorang memang dah rapat jadi sepatutnye bila bercakap takde dah isu2 nak sensitif, nak terasa ke. Cakap pun main lepas je. Tibe2 my auntie pun cakap "mardhiyah kalau makan 3 keping pun takpe, badan maintain lagi, tak macam ni haa, minum milo jer, tapi badan besa"

Aku pun melompat la time nih "Makcikkkkkk, saya sebolehnya nak badan macam die ni haaa, tak suka la kalau kurus mcm sy sekarang nih"

Dalam hati, mak aih, jangan laaa mulut aku masin time neh.

Nampak tak nampak tak? Berat paling sanggup aku pegi pun 50kg, sekarang 47kg. lebih dari 50kg tak sanggup kot.

.

.

Situasi 3 : Ini situasi yg terjadi baru2 ni, 4 june 2011 (Gerik, Perak) adik lelaki saya telah selamat ditunangkan. Alhamdulillah. But the downside, makin banyak laaaaah soalan2 panas pisang goreng yang ditujukan utk saya yang masih single nih.

"Kakak nye bila pulak""

"Dah ade boyfriend ke belum"

"Tak kisah ke kena langkah bendul"

Lalu dengan spontannye saya jawab "Takpelaaah saya tak kisah pun adik saya nak kahwin dulu, biarlah dia dah jumpa kekasih hati, dah lama kenal lagi, baguslah buat apa nak tunggu lama2, saya ni boyfriend nnt ade rezeki adela tuh kot, kahwin tak nak pikir lagi, kerja dulu kumpul duit nak bagi kat mak"

Tapi dalam hati..... (SOB SOB SOB) Nampak tak nampak tak? Sedikit sebanyak bila orang selalu tanya, jadi rimaaassss. Pressure pressure. Ada la risau jugak sikit. Sikit la. Walaupun selalu yakinkan diri, masanya akan tiba bila kita betul2 dah bersedia, biarlah apa orang nak kata.

.

.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama lama mencuri.

Nak curi hati sapa eh HAHA

3 comments:

izzati said...

mar dear,
kdg2 kita tersepit dlm situasi dimana berbohong itu mungkin melegakan hati pihak yang satu lagi.cuma hati-hati jgn smpai makan diri sendiri

p/s perigatan utk diri sendiri jugak :)

oJAh said...

2 kire bohong ke??xkot..2 cam sdpkn hati org lain..hehe..wah adk awak dh tunang..hehe..ye soalan cm2 mmg tmbh pressure..lagi2 dh abes blaja lg slalu dtg soalan 2..hehe

Mardhiyah said...

zati : tulaaaaa,, taknak sampai makan diri sendiri. sigh

ojah: hehehe, taktau la, bg kte, still kalau kte ckp benda tu tak betul kire bohong la kan? heee.. pressure laaaaaa awk tak suke bila kena tny soalan cmtu :(