Sunday, May 27, 2012

Beza.

“Apa beza suka dan cinta?” si Gadis bertanya.

“Sama macam apa kita rasa pada sekuntum mawar.” Lelaki menjawab.

“Terangkan.”

“Kalau kita suka pada sekuntum mawar, kita akan petik mawar tu sebab mawar tu cantik dan harum. Tapi kalau kita cintakan ia, kita akan siram mawar tu hari-hari, untuk pastikan ia sentiasa mekar pada dahannya.”

“Jadi?”

“Sama macam sesama manusia. Kalau kita suka dia, kita akan berusaha untuk jadikan dia milik kita, walau apa cara sekalipun. Tetapi kalau kita cintakan dia, kita akan sentiasa berdoa untuk dia, agar dia sentiasa bahagia walau bukan bersama kita.”

Si Gadis tersenyum. Si Lelaki juga begitu. Hujan yang tadi turun kini berhenti. Dan mereka jumpa pelangi ; bukan hanya di langit tapi dalam hati masing-masing.

-sederhanaindah

posted from Bloggeroid

No comments: