Thursday, June 21, 2012

tidak benar

Serasanya dah lama blog ni sepi dari sebarang intimasi buah fikiran, yang ada cuma bahan kopi pasta dari tumblr yang lain. BUkan tak mahu cuma tak tentu, masa yg ada lebih banyak diisi dengan aktiviti luar komputer skrin. (contohnye mengadap patient, ceh, bajet mcm sibuk kerja sangat la tu)

Live from ED pharmacy hospital putrajaya it is now 4:34am, mata yang mula terasa pedih dek mengantuk, tapi masih boleh lagi terbuka kerana adanya teman Chipsmore (ya saya sedang mengunyah chipsmore), tapi kali ni teman saya memang sentiasa ada, bukan kejap ada, kejap tak ada. BUnyi yg dpt sy dengar hanya teet teet teet, yang mana saya sendiri pun tak pasti dari mana datngnya. Tak ada manusia lain kelihatan, ruang menunggu juga telah kosong, tiada jisim yang hidup.

Tujuan aku menulis bukan untuk mengomel panjang tentang keadaan sekeliling, tapi hati kebelakangan ini tak tentu arah banyak buat kepala pusing. Pernahkah kau merasa saat kau mendapatkan apa yang kau inginkan selama ini seketika itu pula kau rasa tak yakin bahawa itu adalah hal yg benar benar kau inginkan? *pening tak baca ayat tu?*

Keinginan mmg satu benda yang sangat rumit dalam diri , at least mungkin dalam diri aku.Rasanya seperti ketika aku beli sepasang kasut yg di ingnkan, dan setelah kupakai, kasut utk membuat kakiku lecet.

Apa yang aku nak sebenarnya?



No comments:

It is often at this time when both of the kids are asleep and usually I'l spend a moment watching them sleep and today,just now, natural...