Sunday, December 26, 2010

Mana kau pergi huh

OHOi. Saye telah pun berjaya buat makeover pada Encik Blog kesayangan. Biar la nampak lain sikit dari semasa ke semasa. Header saya cilok dari vampire-zombie. Boleh cari account dia di deviantart dot com. Saya edit la sikit2 *crop & add text je pun* Lain kali kalau ambil gambar sendiri yang cantik boleh la letak kat header tapi belum tiba lagi masanya. Lain kali lah.

Kenapa sy berbahasa dalam lidah ibu hari ini ? Oh ye, tiba2 hormon saya mengatakan sebegitu, apa boleh buat. Biarlah lidah ibu mendominasi karangan saya untuk hari ini. Oh sungguh skema.

Seminggu bercuti dengan keluarga sangat berbaloi baloi.Terlerai lah segala ikatan2 kecil dan besar dari bahu2, hilang semua masalah dunia. Alah, masalah apa lah sangat. Nak start tulis thesis je pun. Berat betul jari jemari ku ini nak bergerak atas keyboard bila nak write-up thesis tu. Tapi bila nak tulis blog OHOoo alangkah gumbira nya mereka berdansa atas keyboard laaptop ini. Haha. Sungguh tak patut kamu kamu.

Tak tahu dari mana nak mula cerita vacation kami. Biar gambar yang berkata- kata la ek. Mereka pun pandai berbahasa ibunda.

Disini tempat kami tidur, mandi, tukar baju dan sebagainya. Tempat ni mmg best, kenapa?
Sebab dekat sangat dengan laut yang.....cantik dan...luas! Tapi tak berenang renang lah sebab takut kena sengat dengan jellyfish. Lagipun memang tak suka mandi laut. Air masin -___-;

Daripada balcony pun boleh tengok orang main jetski & parasailing and banana boat. Tapi tak join sebab tak banyak masa T__T Gila nak sangat terai parasailing. Macam best je boleh terbang...dengan bantuan tali.

Dan juga boleh usha orang sebelah di hotel sebelah. Hiks.

Ni gamba Nasi kandar. Kenala rotate laptop / PC anda sebanyak 180 darjah sebab kenapa tah gamba ni terbalik even dah rotate clockwise 2x tp bila upload still degil juga dia nak terbalik T_T Eden tak minat sangat dengan Nasi Kandaq tp sebab adik den yang Hasan tu hantu NAsi Kandaq so terpaksa la jugak makan 2-3x kat Penang neh. HAdoy.

Jalan2 makan angin around Butterworth. Sangat suka dengan design bangunan2 dia. Gila oldschool.

Pegi Prangin Mall. Kena naik parking dia yang berputar2 Huh, pening kepala, ini serius. Tak sanggup lagi nak pegi shopping kat situ.

Pegi Cort Fornwallis. Eh, salah. Fort Cornwallis. Tapi ni gambar bayang2 sahaje.

Dan pegi juge Toy Museum. Met my boyufurendo (boyfriend dlam bahasa jepun) Capn Jack Sparrow. Aye aye Cap'n! Arrr me hearty!

Dan juga, boyufurendo eden yang berperut bosar. Perut dia best boleh jadi bantal.


Dah puas kat Penang, duduk kat hotel best beraircond sekarang kita merasa pula duk kat chalet. Tempat ni nama dia Kalumpang Resort kat Hulu Selangor. Best, ini seriyus. Umah ni pun beraircond juga tp disebabkan surroundings dah natural sejuk so rasanya tak payah pakai aircond pun takpa, perabeh electricity je. Air paip pun datang dr air sungai yang mmg sejuk tahap maximum.

The main attraction of course lah sungai dia! Nama sungai ni sungai Inki. Jernih, siap ada ikan2 berenang2 kat dalam air tu. Air pun ada yang dalam sangat sampai kena ada pakai tali. MMg syok, mandi samapi bibir biru2 keunguan sikit, and hujung jari berkedut2.

Saksikan kehebatan saya memerangai arus air yg sangat deras. Muahaha. Taklah hebat mana pun T_T

Pendekkan cerita, mmg best lah. Plg bes part mandi sungai , sebab mmg tu feveret sy dari kecik dulu. Alhamdulillah.

4 comments:

sYuHaDah said...

since when lebuh bishop kt butterworth hehe or ur not referring the pic of lebuh bishop with the caption below hehe

Mardhiyah said...

Hahaha.. Eh,alamak org Penang dah marah..Silap silap. Bukan Butterworth. Georgetown.. HAhahaha! SElalu confuse both two.. and confuse Bt Feringgi and Tg Bungah. Hahaha.Bleh plak kan..

sYuHaDah said...

hahahaha xde la mrh...pelik jap je hahaha biasala the name seems similar....n yg parking putar2 tu bukn times square ke?? xtau plk prangin mall ad parking place

Mardhiyah said...

Hahahaha...Taktau laa apa nama mall tu,, tapi ktorng parking kat situ la..Tapi nampak cam dia tulis Prangin Mall hehehe.. Besar gak la mall dia, siap siap cam ada mall yg meriah + mall tak ramai org..cam pelik sikit.. huhu