Tuesday, May 17, 2011

Satu fakta tentang mardhiyah yang aku rindu

Title seolah2 memberitahu bahawa "Mardhiyah" dan "aku" adalah dua orang berbeza. Tapi, sebenarnya, tetap orang yang sama, kerana aku adalah insan yang bernama Mardhiyah, cuma, mahu mengatakan di sini mungkin, MArdhiyah yang dulu dan juga yang sekarang mungkin sudah jauh berbeza.

Kenapa?

.

.

.

Tadi saja baca balik entry2 lama. yap, aku memang suka nak teringat balik kisah lame, cerita2 dulu, sengaja la konon nak hidupkan balik memori lama, orang lain mungkin dengan cara mereka sendiri, tapi cara aku adalah dengan baca balik entry2 dulu, huwaaaa terus jadi emo dan sentimental. Sumpah, terus terang dari hati yang jujur dan ikhlas aku cakapkan, aku sangat rindukan waktu dulu. Cuba cakap , siapa yang tak rindu?

Dari dulu lagi bila sedih, aku jarang nak layan perasaan sangat. Ada orang suka nak layan perasaan sedih tu, bila sedih, tengok cerita sedih, dengar lagu sedih. Tak salah pun. Masing2 dengan cara masing2 la kan. Tapi, aku, aku lebih suka lawan balik perasaan sedih tu, dengan cara yang contradict. Aku buat benda2 yang menggembirakan hati>> bagi orang, kenapa nak tipu diri sendiri? Kenapa nak lari dari realiti. Kau tengah sedih, buat la cara sedih, kenapa nak berpura2 gembira, tapi dalam hati berjurai air mata? Tapi aku ni manusia ada degil dalam perilaku nya, bagi aku luka itu lebih sakit jika dicubit2, dan, bukan ke itu namanya mendera?

.

.

.

Cara aku melawan semula , kalau dulu , aku ada hobi yang satu. BAca novel. Ya sangat typical. Tapi aku tak suka novel2 melayu jiwang. Oh tidakkkk, tidak sama sekali. Rak buku aku kat dalam bilik tu, penuh dengan novel2 berupa epic dan adventure. Enid Blyton, Sidney Sheldon, JK rowling, CS Lewis, Dave Pelzer, Virginia Andrews, Charles Dickens, Charlotte Bronte, Jane Austen, JRR Tolkien dan yang sama waktu dengannya. *Bajetla tuh baca novel2 english je, novel melayu tak nak layan haha papepun, aku percaya ini negara demokrasi, peh* Kalau nak list lagi, aku patut tukar title entry ni jadi "Penulis2 novel yang aku kagumi". But you get the idea. Dulu aku rasa, cara aku untuk lari dari realiti ialah dengan masuk dalam hidup orang lain. Hidup orang lain yang direka cipta untuk jadi lebih menarik dari hidup sendiri. Terus terang aku katakan, dengan cara ni, aku akan terus lupakan apa yang sedang berlaku dalam hidup sendiri. Lega.

Sebernanya, aku nak cerita, aku rindu dengan aku yang dulu ni. Baca novel sampai tak ingat makan. Sekarang ni, makan je yang paling aku ingat. HAha. Aku rindu nak baca balik novel2, dulu, mak ayah adik2 cukup tahu, aku kalau baca novel, jangan diganggu. Sedang aku mengadap buku bagaikan bercakap dengan tunggul kayu. Sebelum tidur, wajib dan perlu baca sekurang2nya satu chapter. Novel tebal 500 muka surat tulisan kecil2 aku boleh habiskan dalam masa 3 hari, sekarang, buku cerita 10 muka surat tulisan besar2 pun aku tak pernah habis. Uhuks. Mane perginya Mardhiyah yang dulu? RInduuuuuuuuu owwwwwwwhhhh..

Mungkin ,cuti ni, boleh start dengan novel pemberian seorang rakan : IZzati Abdul Halim Zaki. *Thank you* Tajuk: Tending Roses by Lisa Wingate, dari dulu lagi nak start, tapi alasan selalu kerana masa tak cukup. Sekarang ni masa dah lebih dari cukup, at least, sebelum tidur tu bolehlah selak se page dua..Haha, kita tunggu dan lihat, apakah ini cuma angan2 untuk menghidupkan semula hobi yang lama,...

1 comment:

anumuchan said...

Salam. singgah sini~ Nice blog :)
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

It is often at this time when both of the kids are asleep and usually I'l spend a moment watching them sleep and today,just now, natural...