Wednesday, June 15, 2011

Another couple of days

Wow dah 15 june. Cepat nye. Bukan ke haritu baru je masuk 1 june? Awat dah 15 jun ni ? Ke aku yang salah tgk calender? Serious. Rasa mcm tak percaya dah setengah bulan. Apa ni apa ni apa niiiiiiiiiiii????
.
.
.
Sebenarnya, hati mungkin lebih tak percaya pada 2 hari yang akan dtg. 17 june. Tarikh yang menggelisahkan lubuk jiwa, buat malam2 ku tidur tak lena, dan berat badan yang merisaukan minda. Aku rasa berat badan aku dah turun <---- ayat yang paling ditakuti oleh insan bernama Mardhiyah. Makan banyak mana pun, kalau otak fikiran asyik risau, serabut dgn macam2 hal keduniaan, tetap juga takkan memberi kesan pada pendepositan lemak2 terhasil di bahagian2 badan yang terpilih. Lemak2 terkumpul pun dah terbakar dengan kadar metabolisma badan yang sangat cepat dek kerana terlalu banyak berfikir. Bak kata seorng teman, saya ni berfikir terlalu dalam. Sejujurnya, saya memang risaukan kalau berat badan menurun. Seolah2 badan saya sedang memberontak, tak mahu menggunakan segala khasiat yang telah saya berikan (atau yang telah saya sumbatkan) , saya tak sukakan keadaan diri yang terlalu kurus. Nak check berat kat shopping complex, tetapi teman sering beritahu, mesin berat badan di merata2 shopping complex sangat menipu.. deceiving. tapi kalau kat rumah punya, semua orang kecik besar kurus atau gemuk tetap berat akan jadi 10kg, no more no less. Sah2 lagi menipu.

Ish, Mardhiyah. how ungrateful.
.
.
.
Berbalik pada pertengahan bulan june. Lagi 2 hari , i repeat, lagi 2 hari results final exam akan keluar! Wah bila fikir, results ni la yang akan menentukan berapa cGPA. results ni la yang akan menentukan dalam kategori atau class mana aku akan graduate nnt... results ini juga yang akan menentukan cepat dan lambatnya permulaan kerja sebagai provisionally registered pharmacists PRP. Ada perasaan diri yang memberitahu jangan terlalu tinggi berharap utk result exam kali ni..dup dap dup dap. eh, bukan patutnye bunyi lub dap lub dap kan.

Apapun, aku pasrah sehabis mungkin. Tapi,
.
.
.
Perasaan ingin mengkhabarkan berita gembira pada umi dan ayah tetap lagi ada. berkobar.

2 comments:

Ojah said...

good luck..insyaAllah ok..heee

Mardhiyah said...

Thank you awakkk!! :D dup dap dup dapppp

It is often at this time when both of the kids are asleep and usually I'l spend a moment watching them sleep and today,just now, natural...