Friday, June 24, 2011

Ultimate fact of life

Entry khusus buat si penghantar email. If you're reading this, you know who you are.

Tak semua benda yang kita nak dalam dunia ni, kita akan dapat kan. Kehendak tu ada dalam semua, kehendak yang buat kita fikir, tapi tak cukup dengan fikir, pasti kena take action juga. Apa yang kita buat semua sebenarnya reflect balik pada kehendak dalam diri kita. Kita nak handphone baru, kita start kumpul duit dari sekarang. Kita lapar pukul 12 tengah2 malam perut meronta, pergi dapur godek fridge cari apa yang ada. Kita tak tahu jalan penyelesaian,buntu, kita cari telinga tempat untuk mengadu. Pendek kata kita cuba untuk penuhi semua kehendak diri.

Tapi, apa yang kita buat tak semestinya akan diterima dengan baik oleh orang di sekeliling kita.

"Babe, dalam hidup ni, kita tak boleh harap sangat pujian" Suara sahabat dari tiga tahun dulu masih lagi terngiang di benak fikiran.

Aku tak harap pujian pun, tapi at least tolong la hargai sekecil-kecil perkara yang aku buat, kalau tak dapat penghargaan pun, sekurang-kurangnya janganlah perkecilkan usaha aku. Aku rasa dalam dunia ni , susah nak cari orang yang akan sentiasa boleh hargai kita dan menyokong kita. Kalau ada pun, tak banyak.Dalam fikiran aku, mula terbayang muka-muka insan yang sentiasa menghargai dan menyokong aku. Bersyukur, kerana masih punya mereka.

.
.
.

Teringat semula kata2 sumpah seranah caci maki penghantar email dua tiga hari yang lalu. Dan suara-suara pun mula bermain2 dalam fikiran aku.

Suara 1: TAPI TAPI TETAPI, aku tak suka bila orang mula merendahkan kita, aku tahu apa yang aku buat tak lah sempurna mana, aku tak boleh terima, sangat annoying. Mengeluh lagi.

Suara 2: Life is cruel, sebenarnya tak boleh salah kan hidup juga. Hidup tu tak cruel. Orang yang buat hidup itu jadi cruel. orang memang suka condemn sana sini. Diorang lagi suka cari keburukan tapi abaikan kebaikan yang ada pada kita, memang macam tu, ini reality. And they won't stop doing it. Bukan senang nak bangkit, lagi-lagi kalau berkali-kali tersungkur dan orang sekeliling perkecilkan apa yang kita ada, apa yang kita usahakan. Yang penting kita teruskan je dengan apa yang kita buat, do your best, yang lain tu, biar Tuhan tentukan. Tuhan dah jadikan semua orang ada kelebihan dan kekurangan, perfect in imperfections. Sebab Dia nak kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada, dan usaha lebih untuk atasi kekurangan kita, ini hidup namanya. Tak ada benda senang untuk semua orang. Lain orang, lain kekuatan.

Suara 1: TAPI TAPI TETAPI ,aku tak suka bila orang sekeliling nampak kelemahan, bukan kekuatan aku.

Suara 2: Ya, fitrah manusia memang mcmtu. Mereka ada tendency untuk cari kelemahan kita. Nampak je satu, terus diperbesar-besarkan. Sebab tu kau tak boleh harap tinggi sangat dari diorang, but at the same time, diri kau sendiri kena jadi optimistic, optimis dengan diri sendiri.

.
.
.

Aku tahu, aku tak nak harapkan sangat apa-apa dari orang lain. At the end of the day, this is my life, aku yang patut take control. Cuba untuk kuat semangat. Kau tahu kelebihan dan kekurangan kau sendiri. Buat apa nak dengar apa orang cakap. Abaikan. Orang memang akan cari kelemahan dan hentam kau dari macam-macam sudut.

They won't stop doing it

But dont let them stop you.

2 comments:

Fiona said...

bila orang bercakap dan orang condemn kita tentang benda yang akan buat kita lemah, buktikan kita kuat. tunjuk dengan orang yang kita tak selemah itu. Itu lah bright side bila kita direndahkan. Apa2 pun. Biar hidup kita lebih baik dari semalam dan sebelumnya. :)

Kalau kahwin aku taknak duduk serumah

Mardhiyah said...

thank you Fiona, tapi, rasa mcm tak worth it nak buktikan apa2 kat orang yg tak kenal kita. Kita nak improve diri pun ikut pace sendiri... Jadi buat pekak je skrg pada yang dengki dan tak puas hati